WEBINAR Kesejahteraan Kendiri - Panas Melampau: Kenali & Cegah Strok Haba | W141

22 April 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 21 April 2026, iaitu hari Selasa, Satu program kesedaran kesihatan bertajuk “Panas Melampau: Kenali & Cegah Strok Haba | W141” telah diadakan di NADI Bengoh pada 12:00 tengah hari sehingga 1.00 petang, dengan penyertaan seorang peserta tempatan.

Program yang dianjurkan menerusi platform Studio Sihat Channel ini menampilkan penceramah jemputan, Dr. Nurshafiqah binti Rosli, seorang pegawai perubatan dari MRIC Healthcare. Sesi tersebut memberi penekanan terhadap bahaya cuaca panas melampau yang semakin membimbangkan kebelakangan ini, serta risiko strok haba yang boleh memberi kesan serius kepada kesihatan.

Menurut peserta, webinar ini sangat bermanfaat kerana memberikan pendedahan awal mengenai tanda-tanda strok haba seperti pening, keletihan melampau, kekeliruan dan suhu badan yang tinggi. Selain itu, peserta turut mempelajari langkah pencegahan seperti memastikan pengambilan air mencukupi, mengelakkan aktiviti luar pada waktu puncak panas, serta memakai pakaian yang sesuai.

Penganjuran program seperti ini dilihat amat relevan dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan kesihatan, khususnya dalam menghadapi perubahan cuaca yang tidak menentu. Peserta juga berharap agar lebih banyak program kesedaran seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi kesejahteraan komuniti setempat.

Orang ramai disarankan agar tidak mengambil mudah keadaan cuaca panas ketika ini dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi melindungi diri serta keluarga daripada risiko strok haba.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali